Monday 19 March 2012

PENGALAMAN KEGUGURAN ANAK KE DUA.


Shalom!
      Aku dan suami tidak menyangkah tahun 2012 ini sekali lagi Tuhan memberikan peluang menikmati saat-saat bahagia.Sekali lagi aku di sahkan mengandung 6 minggu,dan di sana aku mengambil keputusan berhenti berkerja kerana aku rasakan diri aku terlalu penat dan tidak bertenaga pada masa yang sama aku takut benda yang sama akan berlaku lagi.Minggu demi minggu aku lalu aku menjaga diri dengan berhati-hati sekali. Sebelum kami merancang mendaftar aku dan suami mendahului dengan doa agar semuanya berjalan dengan lancar. Pada keesokannya Aku dan suami pergi mendaftar ke klinik kesihatan ibu dan anak pada usia kandungan 11 minggu 5 hari.Saya dan suami sangat bahagia pada saat itu kerana semuanya berjalan dengan lancar syukur.1 minggu kemudian dalam usia kandungan ku 12 minggu 4 hari tiba-tiba timbul masalah yang tidak di ingini turun darah lagi, saya betul-betul tertekan,rasa takut,resah dan fikiran pun tidak menentu lagi kerana perkara ini berulang lagi. Saya meminta suami ku berdoa akan keadaan ku agar semuanya baik, aku mula menangis sampai terasa sakit kepala untuk menahan tangisan,aku berkata pada suami aku berasa takut.Saya dan suami pergi ke hospital di temani dengan anak2 buah syukur kerana kami ada teman tidak berasa tertekan sangat.Keadaan ku tidak terkawal lagi terasa sakit sangat,semasa saya menunggu giliran tiba-tiba petanda yang tidak bagus bawah mata sebelah kiri tiba-tiba bergoyang saya dapat baca sudah petanda itu tapi aku kuatkan hati ku , kerana aku berharap pada Tuhan.Aku di panggil berjumpa dengan doktor layanan yang baik di berikan sampailah aku di panggil rawatan seterusnya Kepakar Puan.Sebelum aku masuk kebilik aku berkata kepada suami ku dan anak buah ku bersiap sedia saja hari ini atau bisuk Tuhan akan mengambil anak yang ku kandung mereka kata ya saja.Lama aku menunggu untuk di rawat saat aku berbaring di katil aku rasa sakit sangat perut ku dan tiba masa aku mengizin Tuhan untuk mengambil janin ku 'aku berdoa pada Tuhan aku siap ambillah anak ku ' tidak lama kemudian sakit perut ku pun berkurangan dan aku tahu Tuhan sudah mengambil roh anak ku.Tidak lama kemudian doktor datang memeriksa janin ku sudah keluar semuanya.Aku melihat janin ku lengkap tapi saya tidak tahu apa puncanya semua itu Tuhan sudah tentukan.Setelah selesai suami ku dan anak-anak buah bertanya saya tidak dapat menjawap dan akhirnya perlahan aku berkata tiada sudah itu saya sudah keguguran.Kami pun kembali ke rumah dengan selamat saya melihat suami ku dia sembunyikan rasa sedih dia akhirnya kami menangis bersama ini kali kedua aku melihat suami ku menangis yang amat sakit sangat.Dan aku sudah putuskan kami mengikut Tuhan seumur hidup kami, aku tidak mahu suami ku ,keluarga ku dan aku sendiri terus kecewa kerana melarikan diri dari Tuhan.

No comments:

Post a Comment