Wednesday 28 March 2012




Yesus Adalah Terang Dunia.




YOHANES 8:12-14.




 12. Maka.  Yesus berkata pula kepada orang banyak, kata-Nya: "Akulah  terang dunia; barangsiapa mengikut Aku, ia tidak akan berjalan dalam kegelapan, melainkan ia akan mempunyai terang hidup." 13. Kata orang-orang Farisi kepada-Nya: ''Engkau bersaksi  tentang diri-Mu, kesaksian-Mu tidak benar.'' 
14.  Jawap Yesus kepada mereka, kata-Nya: ''Biarpun Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri,namun kesaksian-Ku itu benar, sebab Aku tahu , dari mana Aku datang dan kemana Aku pergi. Tetapi kamu tidak tahu, dari mana  Aku datang dan ke mana Aku pergi.





Saya rindu kongsi Firman Tuhan, ini sebagai renungan petang kita.
<3 <3 <3

semoga Firman Tuhan ini memberikan kekuatan baru untuk kita,
dan mengetahui bahawa Yesus Kristus Tuhan kita, adalah terang bagi hidup saya dan anda semua. Apa pun keadaan mu ketika ini, percayalah bahawaTuhan berserta mu buat selama-lamanya dan menerangi hidup bersama dengan keluarga mu.Amen. :-)

Monday 19 March 2012

PENGALAMAN KEGUGURAN ANAK KE DUA.


Shalom!
      Aku dan suami tidak menyangkah tahun 2012 ini sekali lagi Tuhan memberikan peluang menikmati saat-saat bahagia.Sekali lagi aku di sahkan mengandung 6 minggu,dan di sana aku mengambil keputusan berhenti berkerja kerana aku rasakan diri aku terlalu penat dan tidak bertenaga pada masa yang sama aku takut benda yang sama akan berlaku lagi.Minggu demi minggu aku lalu aku menjaga diri dengan berhati-hati sekali. Sebelum kami merancang mendaftar aku dan suami mendahului dengan doa agar semuanya berjalan dengan lancar. Pada keesokannya Aku dan suami pergi mendaftar ke klinik kesihatan ibu dan anak pada usia kandungan 11 minggu 5 hari.Saya dan suami sangat bahagia pada saat itu kerana semuanya berjalan dengan lancar syukur.1 minggu kemudian dalam usia kandungan ku 12 minggu 4 hari tiba-tiba timbul masalah yang tidak di ingini turun darah lagi, saya betul-betul tertekan,rasa takut,resah dan fikiran pun tidak menentu lagi kerana perkara ini berulang lagi. Saya meminta suami ku berdoa akan keadaan ku agar semuanya baik, aku mula menangis sampai terasa sakit kepala untuk menahan tangisan,aku berkata pada suami aku berasa takut.Saya dan suami pergi ke hospital di temani dengan anak2 buah syukur kerana kami ada teman tidak berasa tertekan sangat.Keadaan ku tidak terkawal lagi terasa sakit sangat,semasa saya menunggu giliran tiba-tiba petanda yang tidak bagus bawah mata sebelah kiri tiba-tiba bergoyang saya dapat baca sudah petanda itu tapi aku kuatkan hati ku , kerana aku berharap pada Tuhan.Aku di panggil berjumpa dengan doktor layanan yang baik di berikan sampailah aku di panggil rawatan seterusnya Kepakar Puan.Sebelum aku masuk kebilik aku berkata kepada suami ku dan anak buah ku bersiap sedia saja hari ini atau bisuk Tuhan akan mengambil anak yang ku kandung mereka kata ya saja.Lama aku menunggu untuk di rawat saat aku berbaring di katil aku rasa sakit sangat perut ku dan tiba masa aku mengizin Tuhan untuk mengambil janin ku 'aku berdoa pada Tuhan aku siap ambillah anak ku ' tidak lama kemudian sakit perut ku pun berkurangan dan aku tahu Tuhan sudah mengambil roh anak ku.Tidak lama kemudian doktor datang memeriksa janin ku sudah keluar semuanya.Aku melihat janin ku lengkap tapi saya tidak tahu apa puncanya semua itu Tuhan sudah tentukan.Setelah selesai suami ku dan anak-anak buah bertanya saya tidak dapat menjawap dan akhirnya perlahan aku berkata tiada sudah itu saya sudah keguguran.Kami pun kembali ke rumah dengan selamat saya melihat suami ku dia sembunyikan rasa sedih dia akhirnya kami menangis bersama ini kali kedua aku melihat suami ku menangis yang amat sakit sangat.Dan aku sudah putuskan kami mengikut Tuhan seumur hidup kami, aku tidak mahu suami ku ,keluarga ku dan aku sendiri terus kecewa kerana melarikan diri dari Tuhan.

PENGALAMAN KEGUGURAN ANAK PERTAMA


Shalom!
Saya ingin share pekara yang berlaku dalam hidup saya. Bagi orang lain pekara ini biasa tapi bagi saya pekara ini luar biasa.


     Tentu anda ingin tahu pada 2011 saya pernah mengandung anak pertama selama 8 bulan saya dan suami berkahwin. Pada saat itu saya dan suami sangat gembira kerana setiap pasangan suami isteri mahukan anak, dalam proses saya mengandung sangat bahagia tapi oleh kerana saya berada di negeri orang saya sangat tertekan pada masa itu saya berkerja, rehat tidak cukup tidur pun kurang. Di sanalah kesihatan saya mula terjejas tiba-tiba benda yang tidak di ingini tiba-tiba turun darah, kawan-kawan kata itu pekara biasa bagi usia 12 minggu kandungan.Oleh kerana darah pun sedikit saja saya bertanya pada anak buah pernahkah rasa apa yang saya alami ini,anak buah saya sarankan pergi jumpa doktor, saya hanya jawap ya saja.Pada masa itu saya rasa masih lagi berasa kuat dan buat macam biasa saja.Kerana yakin itu hanyalah pekara biasa saja,saya rasa tidak puas hati lagi bertanya lagi dengan kakak saya dia pun berkata yang sama pergi jumpa doktor minta scan,saya hanya jawap ya saja.Bukan apa dalam fikiran saya mungkin saya terlalu penat dan hanya perlu berehat saja.. Pada hari berikutnya darah bukannya berhenti tetapi semakin banyak pula turun di sanalah saya mula rasa risau.Sebelum kami bertindak suami saya membawah saya berdoa minta  pertolongan Tuhan agar semuanya menjadi baik,apa pun terjadi kami siap menerimanya. Saya dan suami pergi ke klinik swsta tapi malangnya saya tidak boleh di rawat di sana kerana mereka tiada kemudahan untuk kes seperti yang saya alami.Doktor itu sarankan kami pergi ke Hospital klang selangor kerana di sana ada Doktor Puan.Pada malam itu juga kami bergegas kerana berasa risau dan takut sangat kami hanya berdoa pada Tuhan semuanya menjadi baik.Sampai saja ke hospital berjalan dengan lancar meskipun kami lama menunggu keputusan dia, sampaikan saya tidak boleh tidur kerana tidak berasa senang dengan keadaan saya pinggang pun sakit apa lagi dengan perut sakit sangat. Kami mendapat keputusan kira-kira 4.30 am dan terus bergegas pulang.Sampai saja di rumah terus tidur,tapi dalam keadaan menahan sakit Tuhan saja yang tahu keadaan ku masa itu. Pada keesokannya kira-kira jam 9am bersamaan hari ahad saya pergi ketandas kerana tidak tahan sakit sangat perut darah keluar banyak, tidak sampai 2 minit saya mahu ketandas lagi tiba-tiba ada keluar dalam fikiran ku takkan itu adalah janin ku, aku berasa cemas dan aku cuba untuk mencari apa yang jatuh dalam mangkuk tandas tidak kelihatan kerana terlalu banyak darah saya terus kearah suami dan membawah dia ke hospital.Sampai saja kehospital dengan keadaan teruk pendarahan yang sangat banyak, saya di rawat di unit kecemasan dan di hantar ke bilik khas untuk ibu mengandung,di sana saya di rawat dan doktor dapati janin saya sudah tiada dalam rahim ku,rupa-rupanya apa yang jatuh ke mangkuk tandas betullah sangkaan ku itu adalah janin ku. Aku hanya menangis dalam hati,bila saya keluar dari bilik rawatan suami ku bertanya??? aku tidak dapat berkata-kata dan terus memeluknya dan berkata dengan suara perlahan saya sudah keguguran.Meskipun perit ku rasa masa itu suami ku lah yang menghiburkan aku dan itulah pertama kali saya melihat suami ku menitiskan air mata dan "berkata aku berasa sunyi " pada masa itu saya dan suami menangis bersama.Inilah yang berlaku dalam proses semasa saya mengandung anak pertama Tuhan lebih sayang padanya dan kami relakan pemergiannya,meskipun berasa berat untuk melepaskan tapi Tuhan lebih berhak keatasnya.Amen.