Monday 19 March 2012

PENGALAMAN KEGUGURAN ANAK PERTAMA


Shalom!
Saya ingin share pekara yang berlaku dalam hidup saya. Bagi orang lain pekara ini biasa tapi bagi saya pekara ini luar biasa.


     Tentu anda ingin tahu pada 2011 saya pernah mengandung anak pertama selama 8 bulan saya dan suami berkahwin. Pada saat itu saya dan suami sangat gembira kerana setiap pasangan suami isteri mahukan anak, dalam proses saya mengandung sangat bahagia tapi oleh kerana saya berada di negeri orang saya sangat tertekan pada masa itu saya berkerja, rehat tidak cukup tidur pun kurang. Di sanalah kesihatan saya mula terjejas tiba-tiba benda yang tidak di ingini tiba-tiba turun darah, kawan-kawan kata itu pekara biasa bagi usia 12 minggu kandungan.Oleh kerana darah pun sedikit saja saya bertanya pada anak buah pernahkah rasa apa yang saya alami ini,anak buah saya sarankan pergi jumpa doktor, saya hanya jawap ya saja.Pada masa itu saya rasa masih lagi berasa kuat dan buat macam biasa saja.Kerana yakin itu hanyalah pekara biasa saja,saya rasa tidak puas hati lagi bertanya lagi dengan kakak saya dia pun berkata yang sama pergi jumpa doktor minta scan,saya hanya jawap ya saja.Bukan apa dalam fikiran saya mungkin saya terlalu penat dan hanya perlu berehat saja.. Pada hari berikutnya darah bukannya berhenti tetapi semakin banyak pula turun di sanalah saya mula rasa risau.Sebelum kami bertindak suami saya membawah saya berdoa minta  pertolongan Tuhan agar semuanya menjadi baik,apa pun terjadi kami siap menerimanya. Saya dan suami pergi ke klinik swsta tapi malangnya saya tidak boleh di rawat di sana kerana mereka tiada kemudahan untuk kes seperti yang saya alami.Doktor itu sarankan kami pergi ke Hospital klang selangor kerana di sana ada Doktor Puan.Pada malam itu juga kami bergegas kerana berasa risau dan takut sangat kami hanya berdoa pada Tuhan semuanya menjadi baik.Sampai saja ke hospital berjalan dengan lancar meskipun kami lama menunggu keputusan dia, sampaikan saya tidak boleh tidur kerana tidak berasa senang dengan keadaan saya pinggang pun sakit apa lagi dengan perut sakit sangat. Kami mendapat keputusan kira-kira 4.30 am dan terus bergegas pulang.Sampai saja di rumah terus tidur,tapi dalam keadaan menahan sakit Tuhan saja yang tahu keadaan ku masa itu. Pada keesokannya kira-kira jam 9am bersamaan hari ahad saya pergi ketandas kerana tidak tahan sakit sangat perut darah keluar banyak, tidak sampai 2 minit saya mahu ketandas lagi tiba-tiba ada keluar dalam fikiran ku takkan itu adalah janin ku, aku berasa cemas dan aku cuba untuk mencari apa yang jatuh dalam mangkuk tandas tidak kelihatan kerana terlalu banyak darah saya terus kearah suami dan membawah dia ke hospital.Sampai saja kehospital dengan keadaan teruk pendarahan yang sangat banyak, saya di rawat di unit kecemasan dan di hantar ke bilik khas untuk ibu mengandung,di sana saya di rawat dan doktor dapati janin saya sudah tiada dalam rahim ku,rupa-rupanya apa yang jatuh ke mangkuk tandas betullah sangkaan ku itu adalah janin ku. Aku hanya menangis dalam hati,bila saya keluar dari bilik rawatan suami ku bertanya??? aku tidak dapat berkata-kata dan terus memeluknya dan berkata dengan suara perlahan saya sudah keguguran.Meskipun perit ku rasa masa itu suami ku lah yang menghiburkan aku dan itulah pertama kali saya melihat suami ku menitiskan air mata dan "berkata aku berasa sunyi " pada masa itu saya dan suami menangis bersama.Inilah yang berlaku dalam proses semasa saya mengandung anak pertama Tuhan lebih sayang padanya dan kami relakan pemergiannya,meskipun berasa berat untuk melepaskan tapi Tuhan lebih berhak keatasnya.Amen.

No comments:

Post a Comment